تنزيل العرض التّقديمي
العرض التّقديمي يتمّ تحميله. الرّجاء الانتظار
1
DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM ANDALUS AKIDAH ii
SESI 5
2
TOPIK-TOPIK PEMBENTANGAN
Keajaiban Al-Quran di Zaman ini Kematian dan Kehidupan di Alam Barzakh Peristiwa di Hari Kebangkitan Kekufuran Allah Mengajar Manusia Apa Yang Tidak Diketahui Ciptaan Allah di Bumi dan di Langit Sebagai Tanda Kebesaran Allah Maha Esa dan Tuntutan Ikhlas Dalam Ibadat Mengenai Allah dengan Al-Asma’ Al-Husna Pengakuan Saintis Terhadap Kebenaran Islam dan Mukjizat Al- Quran Ilmu Al-Quran Mendahului Ilmu Moden Hakikat Kehidupan
3
HAKIKAT KEHIDUPAN
4
Ciptaan Manusia Bukan Ciptaan Yang Sia-sia
Perhatikan kedua mata tidak diciptakan dengan sia-sia Bahkan kesemua anggota badan kita tidak diciptakan dengan sia-sia “Maka patutkah kamu menyangka Kami ciptakan kamu sia-sia sahaja dan kamu tidak akan kembali kepada Kami? Maka Maha Tinggi Allah yang menguasai seluruh alam, Tuhan yang Benar, tiada tuhan melainkan Dia dan Dia lah Tuhan yang mempunyai arasy yang mulia” (al- Mukminun: )
5
Hikmah Ciptaan Manusia Adalah Sama
Pembentukan ciptaan manusia yang sama Bekalan fitrah yang sama “Fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah, yang telah dibekalkan kepada manusia, tidaklah patut ada perubahan pada ciptaan Allah itu” (al- Rom:30)
6
Hikmah Ciptaan Manusia Di Dunia dan Akhirat
Adakah hikmah disebalik penciptaan manusia ialah Kehidupan? Pekerjaan? Kenikmatan? Pembangunan? Persaingan dalam melakukan kebaikan? Sekiranya benar jawapan-jawapan ini, kenapa pula kesemuanya berakhir dengan kebinasaan dan manusia itu mati?
7
Hikmah Ciptaan Manusia Di Dunia dan Akhirat
“Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata daripada kehidupan dunia dan mereka lalai tentang akhirat” (al-Rom:7) “Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya kebenaran (Rasul) dari Allah dan al-Quran yang jelas. Allah menunjukkan bagi sesiapa yang mengikut perkara yang diredhaiNya dan Allah mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) dengan izinNya dan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus” (al-Maidah:15-16)
8
Hikmah Ciptaan Manusia Di Dunia dan Akhirat
2 bahagian kehidupan manusia: Kehidupan dunia tempat ujian. Manusia dijadikan sebagai khalifah. Kehidupan akhirat tempat pembalasan. Mati adalah proses pemindahan antara keduanya.
9
Manusia Diuji Di Dunia Sebagai Khalifah
Apakah yang dimaksudkan dengan khalifah? Status manusia sebagai khalifah di muka bumi Manusia dibekalkan oleh Allah dengan pelbagai kekuasaan dan kemampuan untuk mengambil manfaat dari makhluk-makhluk Allah yang lain Allah tidak menjadikan makhluk-makhluk lain dapat menyaingi atau mengatasi manusia
10
Dunia Tempat Ujian Manusia dijadikan khalifah bagi tempoh masa yang tertentu Ujian bermakna tidak ada yang dipaksa untuk beriman dan tidak juga yang dijadikan kafir melainkan semua atas usaha masing-masing Ujian ini bertujuan: Membezakan antara yang beriman dan kufur Membezakan tahap keimanan dan ketaatan seseorang hamba (yang beriman)
11
Cara Ujian Allah telah menjelaskan bahawa segala yang ada di bumi akan binasa dan yang kekal adalah kehidupan akirat Allah telah membekalkan akal (secara fitrah) yang dapat membezakan antara baik dan buruk Allah jadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan Allah hiasi manusia dengan hawa nafsu
12
Manusia Adalah … Khalifah Allah di muka bumi
Hamba Allah yang melaksanakan perintah-perintahNya Makhluk yang perlu membezakan antara baik dan buruk dan menjadikan kesemua itu alat yang diuji oleh Allah Makhluk yang menjalani ujian ini dengan tempoh yang tertentu
13
Hikmah Kejadian Manusia
Ujian sama ada taat atau inkar (hikmah ini sama setiap zaman dan tempat) Diuji dari aspek yang tertentu “Setiap dari kamu adalah pemimpin dan setiap dari kamu akan ditanya akan apa yang dipimpinnya” (hadith) Manusia akan mati dan menerima balasan masing-masing
14
Muhasabah Diri Sudahkah aku menjalankan kewajipanku hari ini?
Kewajipan terhadap Allah Taat perintah-perintahNya Menjauhkan larangan-laranganNya Kewajipan terhadap manusia Kewajipan terhadap diri sendiri Kewajipan terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain Adakah segala yang telah aku lakukan dalam hidup ini dapat menjamin aku ke syurga Allah? Apakah yang perlu aku lakukan esok?
15
Soalan Perbincangan Mengapakah Akidah merupakan asas utama dalam Islam? Al-Qur’an telah diturunkan pada 14 abad yang lalu namun ia tetap menjadi rujukan utama bagi segala bidang ilmu. Apakah sebab- sebabnya? Beriman kepada hari akhirat adalah salah satu dari rukun Iman. Sejauh manakah keimanan ini dapat membentuk peribadi seorang muslim?
16
والله أعلم
عروض تقديميّة مشابهة
© 2024 SlidePlayer.ae Inc.
All rights reserved.