الفقه المنهجي على مذهب الإمام الشافعي كتاب البيوع

Slides:



Advertisements
عروض تقديميّة مشابهة
القانون التجاري السعودي د
Advertisements

حركة دوران جسم صلب غير قابل للتشويه حول محور ثابت Mouvement de rotation d'un solide autour d'un axe fixe حركة الدوران حول محور ثابت تعريف يكون جسم صلب.
مشروع مادة الانجليزي إعداد دبلوم الارشاد الأسري مستوى أول بنات
By/ Hassan Al-Sayed Kouta
HAJJ 2018/ 1439AH Presentation قال صلى الله عليه وسلم : "من حج هذا البيت فلم يرفث ولم يفسق رجع كيوم ". ولدته أمه Page 1 وَلِلّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IHES
رسالة المعاونة والمؤازرة والمظاهرة
7 ALASAN Mengapa Bersedekah
Aaouzu billahi min as ash-shaytaan nir rajeem
تعزيز دور الحكومات في حوكمة الإنترنت: المسار العربي
وقف النقود Cash Waqf منتج متوافق مع أحكام الشريعة ومقاصدها
Modul Metodologi Kajian Ilmiah
التاريخ والحضارة المصرية القديمة The History and Civilization of Ancient Egypt المستوى الاول – ساعات معتمدة FM 116 Lecture 9 Dr. Ahmed Adel 2018.
الهواء يعتبر وسط ناقل للميكروبات وليس موطن لها
Understand Qur’an & Salah The Easy Way
مناهج البحث في اللغة والأدب
I like fruit. وزارة التربية المركز الإقليمي لتطوير البرمجيات التعليمية
أفــضل ثــلاث ســاعــأت فــي رمــضـــان إغــتــنــمــوهـا
Presentation for DBA Mini Viva --/--/2018
Multi-Media Learning Tools
Sanitary & environmental engineering
التصورات العامة لقطاع الأمن وعمل الشرطة في اليمن
م ح.
Ziyarah of Imam Ali Zaynul Abideen (as)
الظاهر والمؤول أصول فقه (3) مباحث الدلالات المحاضرة الثالثة
بسم الله الرحمن الرحيم Prof. Mohammed S. Alayed Office: 2A60
Translating relative clauses
الرتبــــــة : مــقــــدم Lt. Colonel Rank :
Kelas Bimbingan Dewasa
Dr. Hussain Abdul Baset Dr. Hussain Abdul Baset.
Chinese Activity.
أفــضل ثــلاث ســاعــأت فــي رمــضـــان إغــتــنــمــوهـا
Du'as for the nights of Ramadhan Acknowledging
كلية الهندسة – قسم الهندسة الميكانيكية
العقيدة وأهميتها.
Nearest Neighbour Index
التحولات الأيضية في وجود الضوء
Ziyarah of Imam Husain for the Nights of Qadr
مراجعة مبنى وترابط ماذا يوجد في عارضة الشرائح محاكاة (بشريحة 25):
التسلسل: 22ــ 26 اسم المادة:محاضرات في منهج البحث التاريخي
Kelas Bimbingan Dewasa
الطبعة الرابعة لأيام الماستر يوم 25مارس 2019
CHEMA1301 Syllabus 2014.
Prophet Muhammad (PBUH), a Successful Man
أفــضل ثــلاث ســاعــات فــي رمــضـــان اغــتــنــمــوهـا
اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ
بورصة سوق السلع في ضوء الفقه الإسلامي الأستاذ الدكتور محمد أشرف هاشم الرئيس التنفيذي لمؤسسة إسرا للاستشارات في المالية الإسلامية ١٦-١٧ أغسطس ٢٠١٧.
Prof. Dr. İSMAİL ÇALIŞKAN ANKARA Öğr. Yılı, Güz dönemi
ليست براءتي، و لكن حب بيئتي مزروع في ذاتي
Ziyarah of Imam Mohammed Baqir (as)
الإعجاز العلمي في القرآن : ظواهر كونية
ليست براءتي، و لكن حب بيئتي مزروع في ذاتي
المحاضرة الرابعة عشر اصول الفقه / المرحلة الرابعة
UN CUENTO DE VALORES INSPIRADO EN LAS DANZAS ORIENTALES
Mohammed Abdul Gaffar Ali Department of CNET College of CS&IT
الباب السادس 8 علاقات الجدول الدوري المنظومية
المحور السابع تعليم الدراسات القرآنية لذوي الاحتياجات الخاصة
 لَيْلَةِ الْقَدْرِ Laylatul Qadr – Night of Power.
اعداد: ا.م.د. محمد سراج الدين قحطان
Prof. Dr. İSMAİL ÇALIŞKAN ANKARA Öğr. Yılı, Güz dönemi
DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM ANDALUS AKIDAH ii
DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM ANDALUS AKIDAH ii
تقييم المعلومات المتاحة على الشبكة العالمية العنكبوتية
جامعة الملك عبدالعزيز _ كلية العلوم _ قسم الرياضيات الفصل الأول 2010
بسم الله الرحمن الرحيم ICS 482 Natural Language Processing
اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ
الأسلوب المنهجي في تصميم البرنامج التدريبي
DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM ANDALUS AKIDAH ii
نسخة العرض التّقديمي:

الفقه المنهجي على مذهب الإمام الشافعي كتاب البيوع

JUAL BELI SALAM Definisi Menurut bahasa: Salam (السَّلَم) atau Salaf (السَّلَف) ialah mendahulukan. Menurut istilah syarak: Jual beli sesuatu yang dinyatakan sifat-sifatnya sahaja dengan lafaz salam atau salaf. Hukum: Dikecualikan daripada kategori menjual barangan yang tidak wujud. Haajah (Keperluan) - Membeli sesuatu yang diketahui ciri-cirinya dengan lafaz salam atau salaf

DALIL PENSYARIA’TAN JUAL BELI SALAM Diriwayatkan bahawa ketika Nabi s.a.w tiba di Madinah, peduduk Madinah mengamalkan jual beli salam dalam jual beli buah-buahan selama setahun atau dua tahun. Baginda bersabda: “Barangsiapa yang berjual beli salaf (salam), hendaklah dia berjual beli salaf (salam) dengan sukatan, timbangan dan tempoh yang dimaklumi” (Riwayat al-Bukhari no. 2125, Muslim daripada Abdullah bin Abbas no. 1604)

Diriwayatkan daripada Abdul Rahman bin Abza r. a Diriwayatkan daripada Abdul Rahman bin Abza r.a. dan Abdullah bin Abu Aufa r.a. mereka berkata: “Ketika suatu peperangan bersama Rasulullah s.a.w kami beroleh bahagian daripada harta perolehan perang. Ketika itu kaum Anbat dari Sham datang menemui kami. Kami berjual salaf (salam) dengan mereka untuk mendapatkan gandum, barli dan minyak dalam tempoh tertentu. Mereka berdua ditanya: Adakah mereka menanamnya atau tidak? Mereka berdua menjawab: Kami tidak pula bertanya mereka tentang perkara itu” (Riwayat al-Bukhari no. 2128)

HIKMAH DIBENARKAN JUAL BELI SALAM  Mengambil kira keperluan manusia.  Memberi pelbagai manfaat kepada manusia.  Memudahkan satu pihak memperolehi modal dan satu pihak lagi memperolehi barangan yang dikehendaki.  Membuka jalan supaya dapat dimanfaatkan dalam landasan kehidupan manusia. Kilang dan pekebun Melindungi barang-barang keperluan modal

RUKUN JUAL BELI SALAM Modal Barangan Sighah yang ditempah Kontrak Aaqidan (Pihak yang mengikat Kontrak) Modal Barangan yang ditempah Sighah Kontrak

[1] PIHAK YANG MENGIKAT KONTRAK (Aqidan) Muslim (Penjual) dan Muslam Ilaihi (Pembeli) Syarat-Syarat : Berakal Baligh Bebas membuat pilihan ketika mengikat kontrak (Redha) *Tidak disyaratkan Penglihatan Barangan Salam hanya dinyatakan sifat-sifat sahaja, sifat-sifat ini boleh diketahui dengan cara mendengar. Sementara ketika menerima, orang buta boleh mewakilkannya kepada sesiapa sahaja bagi memastikan sifat-sifat yang dinyatakan wujud.

Orang buta boleh melakukan jual beli salam kerana dalam jual beli salam barangan tersebut hanya dinyatakan sifat-sifatnya sahaja dan ini boleh diketahui dengan cara mendengar.  Ketika menerima, orang buta boleh mewakilkannya kepada sesiapa sahaja bagi memastikan sifat-sifat yang dinyatakan itu wujud.

[2] SIGHAH KONTRAK Penawaran (Ijab) dan Persetujuan (Qabul) Ijab: Saya dahulukan $1000 ini untuk 10 helai baju yang sifat-sifatnya seperti berikut. Qabul: Saya setuju/ terima pembayaran yang didahulukan ini.

Syarat-Syarat Sighah Kontrak: Tidak wujud tempoh yang lama antara penawaran (ijab) dan persetujuan (qabul) yang boleh menggambarkan pada adatnya penerimaan tersebut tidak diterima. Perlu wujud persamaan antara persetujuan oleh pembeli dan penawaran oleh penjual dalam semua sudut. Kesahihan jual beli tersebut tidak boleh dikaitkan dengan sebarang syarat atau dihadkan untuk tempoh tertentu. First 3 sama dengan

Kontrak ini tidak mengandungi sebarang khiyar syarat. Sighah tersebut mesti menyatakan lafaz salam atau salaf (tempah) dan tidak sah jika ia menggunakan lafaz lain. Kontrak ini tidak mengandungi sebarang khiyar syarat. * Khiyar Majlis boleh diadakan dalam kontrak Salam Ini kerana khiyar syarat menghalang penerima modal daripada memperolehi hak penuh terhadap modal tersebut. Penerimaan modal tersebut mungkin hanya sekadar bayangan dan ini akan menyebabkan kedua dia pihak berpisah sebelum kontrak tersebut sempurna dimeterai, prosedur ini tidak dibenarkan.

[3] MODAL Modal ialah bayaran yang dibuat oleh pembeli sebagai mendahulukan bayaran kepada penjual. Syarat-Syarat Modal: Jumlah dan bentuk pembayaran hendaklah dimaklumi oleh kedua-dua pihak. Penyerahan modal oleh pembeli dan penerimaan modal oleh penjual perlu dalam masa kontrak iaitu sebelum mereka berpisah secara fizikal kerana penyerahan ini adalah objektif asal dalam jual beli salam. Sukatan and kulaliti barangan. (Dilihat tidak perlu nyatakan sifat2 tersebut)

 Penerimaan tersebut disyaratkan mestilah penerimaan yang hakiki. Hawalah bukan penerimaan haqiqi.

[4] BARANGAN YANG DITEMPAH Barangan yang ditempah ialah barangan yang dijual dalam kontrak dan penjual berjanji menyerahkannya kepada pembeli sebagai timbal balik kepada modal yang dibayar sebagai bayaran yang didahulukan.

Syarat-Syarat Barangan : Barang tersebut mestilah boleh dinyatakan sifat-sifat dan ciri-cirinya. Hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Abu Aufa’ r.a katanya: “Dahulu kami melaksanakan jual beli salam iaitu pada zaman Rasulullah s.a.w, Abu Bakar dan Umar untuk mendapatkan gandum, barli, kismis dan tamar” (Riwayat al-Bukhari no. 2128) -mengikut ke

Barangan tersebut mestilah dikenalpasti jenis, kualiti, jumlah dan sifat oleh kedua-dua pihak. Sabda Rasulullah SAW “Barangsiapa yang berjual beli salaf (salam) hendaklah dia berjual beli salaf dengan ukuran yang dimaklumi, timbangan yang dimaklumi dan sehingga tempoh yang dimaklumi” Barangan tersebut tidak bercampur-aduk dengan pelbagai barangan yang berlainan jenis. Kecuali diketahui kadar kandungan campuran. Permata .. Susa untuk kenal pasti jenis jenisnya

Barangan tersebut mampu diserahkan. (tempoh/jenis) Barang tersebut mestilah diperhutangkan, iaitu barangan dalam tanggungan yang hanya dinyatakan sifat tanpa merujuk kepada barangan tertentu. Barangan tersebut mampu diserahkan. (tempoh/jenis) Tempoh penyerahan perlu ditetapkan. Tempat penyerahan perlu ditetapkan. -kalau barang tidak sampai ? -barangan tidak boleh ditukar kepada barang yang lain (gandum dan mentega) *pilihan -selps sebulan dari kontrak ini. (sebelum tempoh ?) paksa terima(tiada bebanan)/tidak terima (etc..)

KONTRAK JUAL BELI TEMPAHAN Amalan ini merujuk kepada tindakan meminta seseorang yang berkemahiran supaya membuat sesuatu berdasarkan ciri-ciri tertentu berkaitan dengan kemahirannya, manakala bahan yang digunakan disediakan oleh pembuat.

Contoh: Seorang penempah meminta pembuat kasut membuatkan sepasang atau beberapa pasang kasut untuknya. Manakala kulit dan segala bahan yang diperlukan disediakan oleh pembuat, bukannya penempah. Contoh lain ialah perkakas rumah seperti perabot dan sebagainya. Penempah bersetuju dengan pembuat untuk membuat set bilik tidur atau kerusi. Segala bahan yang digunakan untuk perabot tersebut akan disediakan oleh pembuat mengikut spesifikasi yang dikehendaki oleh penempah.

Kontrak seperti ini menjadi perdebatan di kalangan fuqaha: Jika kontrak tersebut memenuhi syarat-syarat yang perlu dipenuhi dalam jual beli salam, iaitu spesifikasi barangan dinyatakan dengan jelas, bahan yang digunakan juga dinyatakan dengan jelas, tempoh penyerahan dinyatakan, bayaran diserahkan pada ketika kontrak dimeterai di samping syarat-syarat lain.

Jika semua syarat ini dipenuhi, kita boleh sahkan kontrak tersebut sebagai kontrak jual beli salam walaupun kontrak tersebut menggunakan lafaz jual beli. Sebabnya, dalam soal kontrak, perkara yang diambil kira ialah niat dan apa yang tersirat, dan bukan bergantung kepada lafaz dan apa yang kelihatan.

Kontrak yang tidak memenuhi syarat jual beli salam dan inilah yang biasa berlaku dalam kontrak jual beli hari ini, terutamanya dalam masalah penyerahan modal iaitu harga barangan yang ditempah ketika memeterai kontrak. Kebanyakan penempah akan hanya membayar sebahagian daripada harga yang ditetapkan kepada pembuat ketika membuat tempahan.

Adakalanya mereka tidak membuat sebarang bayaran sama sekali. Setelah itu, penempah akan membayar secara ansuran atau sekaligus selepas barangan yang ditempah siap. Inilah yang biasa dilakukan oleh orang ramai. Amalan seperti ini tidak dikira sebagai jual beli salam. Dengan itu jual beli ini tidak sah menurut ulama mazhab al-Shafie rh.a

Walau bagaimanapun para ulama mazhab Hanafi membenarkan kontrak ini sepertimana yang diamalkan oleh orang ramai kerana mengambil kira keperluan orang ramai. Namun dengan syarat kontrak tersebut dengan jelas menyatakan segala perkara berkenaan barang yang ditempah yang jika tidak dinyatakan dengan jelas mungkin boleh menimbulkan pergaduhan antara kedua-dua pihak. Dengan ini, tidak salah kita menerima pandangan ulama mazhab Hanafi. Kita menerima amalan ini sebagai sah untuk memudahkan orang ramai. Apatah lagi amalan seperti ini amat diperlukan.

Jual Beli Al-Amanah Secara bahasa, amanah ertinya tenang dan tidak takut. Terkadang kata amanah juga digunakan untuk menamakan wadi`ah (barang titipan) Secara istilah, jual beli amanah digunakan untuk menamakan transaksi yang menuntut kepercayaan bagi penjual, kerana informasi yang telah dia sampaikan kepada pembeli merupakan amanahnya. Kerana itu, jual beli amanah adalah jual beli yang dibangun atas prinsip saling percaya dan amanah antara kedua belah pihak

Jual Beli Al-Amanah Jual beli amanah ada 5 bentuk: Jual beli Tauliyah Jual beli Isyrak Jual beli Murabahah Jual beli Wadhi’ah/Muhatatah Jual beli Mustarsil

[1] Jual beli Tauliyah Tauliyah secara bahasa berasal dari kata: “walla”, yang ertinya memberi kuasa. Tauliyah bererti memberi kuasa kepada orang lain untuk memiliki atau mengunakan sesuatu barang. Secara istilah, jual beli Tauliyah adalah apabila penjual menjual dengan harga yang sama seperti harga belinya pada awalnya tanpa sembarang untunge, dan penjual menyampaikan harga belinya kepada pembeli.

[1] Jual beli Tauliyah Contoh: A membeli motor dengan harga $6000 A memberi tahu B bahwa dia membeli motor tersebut berharga $6000. Dia tawarkan motornya kepada B dengan harga yang sama, tanpa mengambil keuntungan sedikitpun. Transaksi ini dimasukkan dalam bai` amanah kerana dalam transaksi ini, penjual menyampaikan harga belinya. Hal ini menuntut adanya amanah dari penjual tentang kebenaran informasi yang dia sampaikan.

[2] Jual beli Isyrak (berkongsi) Jual beli ini hampir sama seperti tauliyah tetapi hanya membabitkan sebahagian yang dijual sahaja, bukan seluruhnya. Contoh: Saya serahkan separuh dari kontrak kereta ini kepada anda sebagai rakan kongsi dengan nilai separuh harga asal. Bahagian yang ingin dikongsi perlu dinyatakan dengan jelas.

[3] Jual beli Murabahah (Keuntungan) Murabahah diambil dari kata: Ribh, yang ertinya untung. Secara istilah bai` Murabahah adalah menjual barangan yang dibeli dan telah diterimanya kepada pembeli dengan harga asal berserta tambahan keuntungan mengikut kadar yang diketahui dan ditentukan.

[3] Jual beli Murabahah (Keuntungan) Contoh: A membeli rumah dengan harga $1 Juta. Datang B mau membeli rumah tersebut. Si A memberi tahu harga dia membeli rumah ($1 Juta) dan bersedia menjualnya kepada B, jika si B mau memberi keuntungan ($100 ribu). Setelah sepakat, keduanya bertransaksi. Transaksi murabahah dimasukkan dalam jual beli amanah, kerana penjual menyampaikan harga beli (harga awal) barang tersebut. Sehingga penjual dituntut untuk amanah dalam memberikan informasi tentang harga belinya.

[4] Jual beli Wadhi’ah Wadhi`ah secara bahasa ertinya kerugian. Bisa juga digunakan untuk menamakan pajak yang diambil oleh pemerintah. Secara istilah, wadhi`ah bererti menjual barang dengan harga yang lebih rendah dari pada harga beli dan pembeli diberi tahu tentang harga belinya. Sehingga sistem jual beli ini merupakan berlawanan dari jual beli murabahah.

[4] Jual beli Wadhi’ah Contoh: A membeli motor seharga $6000. Dia memberi tahu B tentang hal ini. Dia tawarkan motornya kepada B dengan harga $4000. Sehingga A menanggung kerugian $2000.

[5] Jual beli Mustarsil Mustarsil secara bahasa ertinya dilepas. Secara istilah, pembelian seseorang yang tidak mengetahui harga dan tidak bisa tawar menawar barang. Dia hanya bersandar kepada kejujuran penjual. Contoh: Saya jual barang ini dengan harga pasar atau sebagaimana harga umumnya masyarakat atau dengan harga yang berlaku hari ini atau dengan harga sebagaimana yang akan ditentukan oleh si fulan. Pembeli yang melakukan transaksi ini tidak mengetahui harga barang dan tidak bisa saling tawar menawar.

Jual beli Urbun (Cengkeram) Dari Amru bin Syu’aib, dari ayahnya dari pak cik nya, ia berkata bahwa Nabi SAW melarang jual beli Urban.” (HR. Ahmad, Nasa’i, Abu Daud dan Hadits ini diriwayatkan juga oleh Imam Malik dalam Al-Muwatha’) Secara bahasa, urbun atau urban dalam bererti meminjamkan dan memajukan.

Jual beli Urbun (Cengkeram) Secara Istilah, jual beli suatu barangan dengan pembeli perlu membayar sebahagian daripada harga barangan yang dibeli kepada penjual. Bayaran ini akan menjadi hadiah kepada penjual jika jual beli tersebut dibatalkan. Dan dikira sebagai sebahagian daripada harga barangan jika diteruskan.

Jual beli Urbun (Cengkeram) Amalan ini diharamkan dan tidak sah jika perkara tersebut dijadikan syarat didalam kontrak Namun tidak salah penjual meminta pembeli membayar sebahagian daripada harga sebagai cengkeram selepas kontrak tersebut.

Jual beli Urbun (Cengkeram) Contoh: Seorang membeli barangan lalu diberikan kepada pemilik barang sebahagian daripada harganya sekiranya sempurna jual beli dikira sebagai harganya dan sekiranya tidak jadi, tidak dipulangkan kepada pembeli. X Seorang membeli barangan lalu diberikan kepada pemilik barang sebahagian daripada harganya sekiranya sempurna jual beli dikira sebagai harganya dan sekiranya tidak jadi, dipulangkan kepada pembeli. 

Jual beli Urbun (Cengkeram) Contoh: 3. Seorang membeli barangan lalu diberikan kepada pemilik barang sejumlah wang sebagai duit jagaan, sekiranya sempurna jual beli tidak dikira sebagai harganya dan sekiranya tidak jadi, akan dipulangkan kepada pembeli. 

Jual beli Muzayadah (Lelong) Muzayadah adalah dimana pembeli bersaing dalam menambah harga barang dagangan yang ditawar untuk dijual. Contoh: Seoran penjual menwarkan barang dagangannya di pasar (di hadapan para calon pembeli), kemudian para calon pembeli saling bersaing dalam menambah harga, kemudian barang dagangan itu diberi kepada orang yang tertinggi dalam memberikan harga.

Jual beli Muzayadah (Lelong) Jual beli muzayadah dibenarkan Dilarang, apabila tawaran berlaku semasa waktu khiyar pembeli atau penjual Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah seeorang lelaki berjual beli atas jual beli saudaranya” “Janganlah seseorang muslim bertawar-menawar atas tawar-menawar saudaranya

Jual beli Muzayadah (Lelong) Contoh larangan: Ali sedang bersepakat bersama Fattah untuk menjual kepadanya jam yang berharga $100. Datang Omar kepada mereka dan menawar Ali untuk membelinya dengan harga lebih tinggi X Datang Omar kepada mereka dan menwar Fattah dengan harga lebih rendah bagi jam yang serupa X